Saturday, December 22, 2007

Ivan Valle



Girl atau nama sebenar Ivan Valle merupakan anak ketiga dalam keluarga kami dan satu satunya anak perempuan yang comel yang dilahirkan pada 20 Ogos 2005. Dia seorang budak yang aktif, pintar, ceria dan sangat manja kepada kedua ibubapanya. Dia boleh membawa diri apabila bersama dengan kawan-kawan, abang-abang serta keluarga saudara mara dimana sahaja.

Girl, kehadiranmu membawa satu kebahagiaan, memberi satu rahmat dan kemuliaan yang besar terhadap keluarga ini. Kehadiranmu membawa satu kegembiraan dan menjadi satu kebanggaan bagi kami semua.

Sesungguhnya kami sebagai ibubapamu serta abang abang mu sangat gembira kerana memilik seorang anak yang comel dan cerdik.

Terima kasihku panjatkan doa kepada Tuhan yang Maha Esa diatas limpa kurnia dan rahmatnya kerana mengurniakan kami seorang adik comel ini semoga adik comel ini akan terus membesar dalam kemuliaanMu. Berikanlah dia satu kehidupan yang sempurna.

Kasih dan Sayang dari Ibu dan Ayah.